Wednesday, November 3, 2010

TANA TORAJA, South Sulawesi, Indonesia

Travelog date: Sunday, April 19, 2009.

Jika melawat Sumatera, pengunjung seakan tidak sah jika tidak menjenguk Danau Toba, tempat kediaman suku kaum batak, salah satu suku kaum yang masih menjaga ke'aslian' mereka. Mengunjungi Sulawesi pula seakan tidak lengkap jika tidak menziarahi kaum Toraja, penghuni Tana Toraja yang terletak di bahagian 'hulu' pulau Sulawesi selatan.


Pulau berbentuk okid
 Di 'hulu' bukanlah bermakna terletak di utara, tetapi di atas pergunungan, hulu sungai. Ini bermakna perkampungan mereka terletak di kawasan puncak pergunungan pulau Sulawesi. Sebenarnya kediaman mereka terletak di puncak tinggi, bahagian pertengahan pulau yang berbentuk seperti orkid itu. (Bahagian paling utara terletak Manado - which is closerly associated with the Philippines and where the Primadona Maria Manado from the P.Ramlee era, gets her name)

Jadi perjalanan dari Makassar atau dikenali sebagai Ujung Pandang oleh penduduk tempatan ke perkampungan mereka mengambil masa yang agak lama dan terpaksa melalui jalan yang bengkang bengkok (the same goes to visiting Danau Toba from Medan).


Sulawesi terletak lebih hampir
dengan Sumatra dan Irian Jaya
 Tana Toraja itself geographically, located in the Northern part of the South Sulawesi province. Situated between Latimojong Mountain range and Mount Reute Kambala. Dengan cara kehidupan yang unik, adat istiadat mereka menjadi perhatian para pelawat. Malah ada pelawat yang sanggup tinggal di kawasan tersebut berbulan2 untuk mengetahui dengan lebih dekat cara kehidupan mereka. (Atau mungkin juga kerana mereka mendapati agak sukar untuk turun dari kawasan tersebut terutama pada waktu musim tengkujuh).

Penerbangan ke Sulawesi sendiri mengambil masa lebih kurang 3 jam dari Kuala Lumpur, manakala ke Jakarta sendiri hanya mengambil masa kurang dari 2 jam.
Setelah penat melalui perjalanan yang seperti ular di palu hampir sepanjang hari, akhirnya mata kami di jamu dengan pemandangan berbeza. Bandar Rantepao. Seperti tempat peranginan yang lain nya, bandar Rantepao telah di jamah pembangunan, bangunan batu, stadium, deretan kedai dan barisan teksi dengan pemandu yang agak agresif di dalam cubaan untuk mengaut keuntungan dari pelanconga yang singgah ke bandar mereka. (Namun kerana kami menjadi tetamu khas pihak kedutaan indonesia, mereka tidak berani untuk berlaku sembarangan).

Tana Toraja sendiri terletak beberapa kilometer dari bandar tersebut. Pemandangan sekali lagi dijamu dengan pintu gerbang yang dibina seperti rumah orang Toraja, dengan atap yang melentik ke atas seperti tanduk kerbau. Kami cuba mengambil gambar tapi pemandu pelancung cepat mengatakan lebih banyak peluang untuk berbuat sedemikian nanti.

Masa seakan berjalan dengan perlahan di kawasan tersebut. Penduduk nya masih mengamalkan cara kehidupan seperti nenek moyang mereka dulu, dengan kepercayaan2 animisma, pegangan terhadap kuasa roh orang yang telah mati walaupun kebanyakan mereka admitted that they are Christians.

Rumah Toraja

Keunikan rumah orang Toraja adalah simbol kaum itu sendiri dan sering menghiasi gambar2 berkaitan dengan kaum ini. Setiap perkampungan atau puak mempunyai kelompok rumah mereka sendiri. Deretan rumah menghadap satu sama lain menjanjikan pemandangan yang unik, seakan melihat deretan tanduk kerbau yang disusun. Kawasan perumahan itu sendiri mengandungi rumah tradisi (tengkonan) dan menghadap rumah kepok (lumbung) untuk menyimpan padi.

Rumah tengkonan dibina dengan kayu dengan atap seakan sama dengan atap rumah kaum batak di Danau Toba. (Mungkin struktur sebegini sesuai untuk peredaran angin malah selamat kerana sukar untuk orang atau binatang berada di atas struktur tersebut dan juga mudah untuk di cuci kerana sampah sukar untuk sangkut - disamping nilai estetika yang tersendiri).

Torajan houses
Bahagian atapnya diperbuat dari susunan buluh yang dipotong - menyerupai atap genting yang disusun rapat2 dan bertindan tindan - tanpa mengguna kan paku. Kemudian ditutup dengan kepingan buluh yang diketuk dan daun2. Proses pembinaan mengambil masa yang lama kerana buluh2 yang digunakan untuk atap perlu dibiarkan betul2 kering dan ringan.

Hiasan dan warna yang digunakan melambang kepercayaan mereka. Hanya warna hitam, merah, kuning dan putih dibenarkan - segala sumber warna diperolehi dari alam sekitar - tanah, tulang dan batu pergunungan, arang dan daun2 kayu. Tanduk kerbau menghiasi bahagian depan rumah - melambangkan berapa ekor lkerbau yang telah dikorbankan semasa majlis pengebumian ahli keluarga mereka sebelum ini. Lebih banyak tanduk yang digantung bermakna lebih banyak kerbau yang telah dikorbankan demi keluarga yang dicintai. Kerbau masih menjadi status ekonomi dan darjat kaum Toraja.

Death is not an end but a mere beginning of life in the new world
Thats what the Torajan people believe in. Hidup dan mati adalah satu lumrah, dan setiap yang  hidup pasti akan mati. Adakah kematian menyebabkan putusnya segala perasaan hormat dan kasih sayang bagi yang masih hidup? Adakah dengan kematian yang hidup akan menjauhkan diri?


si penjaga kubur berehat
sebentarsetelah penat
menyapu tangga ke
tempat persemadian
keluarganya
 "Hanya kerana mereka telah mati tidak bermakna kita harus meminggirkan mereka, membuang mereka jauh2 dari mata kita dan seakan cuba melupakan mereka. Kadang-kadang kita sering terdengar cerita kematian yang dimomok2kan membuatkan yang hidup terutama kanak-kanak menjadi takut. Takut untuk melihat orang mati, takut untuk mengingati orang yang telah mati - walaupun mereka itu adalah keluarga mereka sendiri," kata Roby, seorang Toraja yang masih percaya dengan adat dan pegangan suku kaumnya.

"Sebaliknya bagi kami, mereka tidak pernah meninggalkan kami, malah mereka sentiasa menjaga kami untuk memastikan bahawa kami selamat dan bahagia, walaupun nyawa mereka telah tiada," sambungnya when we had a chance to talk about the issue over Toraja coffee at the hotel in the evening.



 Malah mereka sanggup 'tinggal' bersama mayat2 keluarga mereka sehingga tiba masa untuk pengebumian. Mayat di simpan di dalam bilik khas di dalam rumah mereka, dan dilayan seperti orang yang masih hidup, dengan hidangan makanan dan tidak dibiarkan sendirian sehingga tiba masa untuk majlis pengubumian. Pengebumian bermaksud upacara menghantar mayat tersebut ke tempat tinggal baru. Upacara dijalankan seperti satu perayaan, untuk meraikan perpindahan orang yang telah mati ke dunia baru nya. Mereka di hantar dengan hormat, rasa kasih sayang dengan menyembelih kerbau yang harganya beribu-ribu ringgit (ringgit Malaysia). Jumlah kerbau yang disembelih melambangkan status orang yang mati dan nilai kasih sayang keluarga yang tinggal terhadap mereka. Maka tidak hairan lah sekiranya keluarga yang tinggal terpaksa menanggung hutang beribu-ribu ringgit selepas upacara pengebumian tersebut. 


A man proudly showing his 'saleko'
to potential buyers at the market

Nak lagi special, mereka akan sembelih saleko (mind you not SALEHA)  sejenis kerbau balo, kerbau yang mempunya warna putih kemerahan (seakan terkena penyakit sopak hehehe) tetapi bukan jenis albino yang berharga puluhan ribu ringgit jika dinilai dengan matawang Malaysia.


resting in cave

 Untuk merasai kehadiran roh2 keluarga mereka yang telah mati inilah, maka mayat2 orang Toraja tidak ditanam atau di bakar. Sebaliknya mayat2 itu di letakkan di dalam gua atau di dalam rumah khas, supaya kehadiran roh mereka tetap dirasai.

Namun perasaan bimbang yang wujud pada awalnya hilang apabila melihat tulang2 yang berselerak di dalam gua. dari keadaan tulang yang sudah pecah2 dan tengkorak yang bertindan di antara satu sama lain, menghilangkan segala perasaan takut. Mungkin kerana banyak, menjadikan ianya seakan tidak lagi menyeramkan. Mungkin pemikiran kita menerima apa yang dilihat sebagai 'perkara biasa'. Adakah kita akan mempunyai perasaan yang berbeza jika menjumpai selonggok tulang dan satu tengkorak di situ?

Tengkorak putih menyeringai dari celah2 keranda kayu yang telah pecah di makan usia. Dari celah2 rekahan keranda itu ia menunjukkan barisan gigi dan lubang hidung yang sudah tiada berbatang, seakan menyapa pengunjung yang tidak putus2 tiba nya. An old man, who was cleaning the stairs leading to the cave even use the coffin to rest his head while puffing away his hand-rolled cigarette, as if telling stories about his life to the one who is resting inside.


tau-tau
To ensure that those who are alive, especially the young ones remember how their deceased family members look like, the Torajan would commission wooden effigies (tau-tau) that closest resemblance of the dead.

"When the flesh is gone, the tau-tau remains the same and they do not rot or grow old," said Roby, who graduates with a degree in microbiology and works as a researcher in Makassar, capital of Sulawesi but takes up part time job as a tour guide. Disamping kebolehan di dalam berbahasa Indonesia dan English, Roby juga fasih bertutur di dalam bahasa Perancis, Belanda dan Sepanyol.


Ends

No comments:

Post a Comment